www.mybeli.biz || Terbaik di pasaran
Faktor-faktor yang menentukan harga songket
Harga songket dipasaran Malaysia sekarang agak stabil. Cuma berlaku sedikit kenaikan harga songket disebabkan faktor semasa berbanding 5-10 tahun dahulu. Tedapat dua katergori utama yang mempengaruhi harga songket di Malaysia:
- Faktor Luaran
- Kenaikan harga barang asas untuk membuat songket seperti harga benang.
- Upah untuk menenun songket. Kebanyakan songket sekarang ditenun oleh warga emas. Justeru itu, proses untuk meyiapkan songket tersebut mengambil masa yang agak lama sikit disebabkan faktor usia.
- Kenaikan kos sara hidup yang sedikit sebanyak menyumbang kepada penentuan harga songket.
- Faktor cuaca. Lazimnya di negeri pantai timur. Bulan November hingga Februari/Mac adalah musim tengkujuh. Proses untuk menyiapkan songket akan mengambil masa yang lama untuk disiapkan dari waktu biasa.
- Faktor corak songket
- Corak songket ditentukan oleh kombinasi bilangan benang yang digunakan. Corak yang paling asas hanya menggunakan kombinasi 3 jenis benang sahaja. Contohnya penggunaan benang berwarna hitam/putih sebagai warna tanah, dan penambahan penggunaan warna dari benang perak dan emas. Corak di bawah merupakan corak yang paling asas dengan menggunakan kombinasi 3 jenis benang.
- Corak tenunan. Corak tenunan yang terdapat pada songket seperti corak bunga juga menjadi faktor menentukan harga. Sekiranya warna pada corak bunga tenunan tersebut hanya satu warna sahaja seperti warna merah di setiap songket tersebut, maka harganya akan meningkat sedikit dari yang di atas.
- Corak tenunan yang mempunyai pelbagai warna pada corak bunganya.
- Corak tenunan yangmempunyai bunga yang besar dan pelbagai warna.
- Warna corak tanah/latarbelakang seperti corak pelangi. Mempunyai corak tenunan bunga yang pelbagai warna dan besar.
- Faktor jenis benang.
- Benang emas
- Benang sutera
Ada beberapa faktor lain yang agak subjektif dalam menentukan harga songket.
Lampiran Keratan akhbar KOSMO bertarikh 17 Feb 2014:
Lampiran Keratan akhbar KOSMO bertarikh 17 Feb 2014:
Sekiranya berminat untuk mendapatkan sampin songket secara online sila layari laman web berikut:
Tempahan dan bayaran boleh dilaksanakan secara online. Bayaran dalam talian melalui maybank2u pay atau boleh membuat pindahan terus.
mayasongket
mybeliofficial@gmail.com
No comments:
Post a Comment