Secara asasnya kain songket sama ada yang telah dijadikan sampin, baju untuk pasangan pengantin, tengkolok dan sebagainya hendaklah dijaga dengan teliti. Sekiranya ianya dijaga dengan baik, jangka hayat kain songket boleh bertahan bertahun-tahun, malah puluhan tahun.
Perkara asas yang perlu diketahui untuk penjagaan songket adalah:
- Kain songket tidak boleh dibasuh menggunakan air dan sabun.
- Kain songket tidak boleh direndam. Sekiranya direndam benang songket akan mengembang dan boleh menyebabkan tenunan tersebut rosak.
- Kain songket tidak boleh dikibas dengan kuat. Kibasan yang kuat boleh menyebabkan tenunan songket tersebut rosak dan benang tenunan boleh berubah dari tenunan asal.
- Kain songket tidak boleh digosok dengan seterika secara terus. Sekiranya perlu digosok, lapik kain songket tersebut dengan kain lain. Laraskan suhu sederhana.
Untuk mencuci kain songket gunakan cucian kering atau dry clean sahaja sekiranya perlu (juga tidak digalakkan).
Lampiran keratan akhbar KOSMO bertarikh 17 Feb 2014
Sekiranya ada cadangan dan tambahan maklumat, sila komen.
Sekiranya ada cadangan dan tambahan maklumat, sila komen.
Untuk melihat sample songket dan membeli songket secara online dan bayaran juga secara online menggunakan maybank2u pay, sila layari laman web berikut: www.mybeli.biz
mayasongket
email: mybeliofficial@gmail.com
No comments:
Post a Comment